Followers

Tuesday 19 July 2011

Akan ku biarkan dirimu
Merasuki hidupku
Akan ku biarkan cintamu
Meracuni hatiku
Kerna cintaku terlalu gila
Kepadamu ku yang cinta
Kerna diriku tak pernah bisa
Hidup tanpamu

Jangan pernah tinggalkan diriku
Jangan lepaskan aku
Walau setengah detik hidupku
Kerna cintaku terlalu gila
Kepadamu ku yang cinta
Kerna diriku tak pernah bisa
Hidup tanpamu



Monday 23 May 2011

KENALI DIRI MELALUI WARNA....

  1. Gadis misteri (Firus/Hijau) – Tidak pentingkan diri dan mudah terpengaruh. Cenderung memilih pasangan yang mempunyai kewangan stabil.
  2. Gadis imaginatif (Merah Jambu) – Kuat semangat dan komited. Dalam soal percintaan, you guys impikan percintaan yang penuh keindahan semata-mata.
  3. Gadis bijak (Jingga/Oren) – Berani menanggung risiko serta bijak mengambil hati orang lain. Seorang yang setia dalam soal cinta dan perhubungan.
  4. Gadis agresif (Merah) – Agresif namun disayangi ramai. You guys inginkan pasangan yang mudah dibawa berbincang dan selesa apabila didampingi.
  5. Gadis setia (Emas) – Berdedikasi dan berdikari. Tapi, dalam soal cinta, you guys susah nak jumpa pasangan yang betul-betul melekat dihati. 

KITA IBARAT PINGGAN...

Andaikan tiga orang yang berlainan meminjam sebiji pinggan daripada kita..
Selang beberapa hari, peminjam pertama memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan bersih cantik tanpa sebarang kecacatan.. Kita pun terus menyimpannya di dalam rak pinggan mangkuk seperti keadaan asalnya.

Peminjam kedua pula memulangkan pinggan tersebut dalam keadaannya yang masih kotor, tidak dicuci.. Pinggan tersebut terpaksa kita basuh sehingga bersih sebelum menyimpannya..

Peminjam ketiga pula memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan pecah.. Tidak boleh dibezakan lagi bentuknya antara pinggan mahupun serpihan kaca.. Tiada nilainya lagi.. Kita tiada pilihan lain selain membuangnya ke dalam tong sampah..

Begitulah juga halnya dengan Allah Taala.. Jika kita kembali kepadaNya dalam keadaan bersih, elok, tanpa kekotoran dosa, maka Allah akan terus meletakkan kita di tempat yang baik. Dan tempat yang selayaknya bagi kita.. iaitu syurga..

Namun jika kita kembali ke hadratNya dalam keadaan kotor dengan dosa, Allah akan 'basuh' Kita sebersih-bersihnya di dalam api neraka sebelum memasukkan kita ke dalam syurga..

Tetapi jika kita kembali kepadaNya dalam keadaan yang rosak imannya, sehingga tidak dapat dibezakan antara iman dengan kufur, maka Allah tidak akan teragak-agak untuk menghumbankan kita ke dalam neraka jahannam yang hina buat selama-lamanya, ibarat pinggan yang pecah yang tidak bernilai lagi..

Semoga bermanfaat...

BERDUA LEBIH BAIK....




Lihat awan di sana
Berarak mengikuti
Pasti dia pun tahu

Ingin aku lewati

Lembah hidup yg tak indah
Namun harus ku jalani
  Berdua denganmu
Pasti lebih baik
Aku yakin itu

Bila sendiri

Hati bagai langit
Berselimut kabut


RVP EQUALS ANOTHER SCORING RECORD

Robin van Persie has equalled the record of 18 goals scored in a season from January 1 onwards held by Thierry Henry and Cristiano Ronaldo.The Dutchman has been in prolific form since the turn of the year and his late charge took him to within two goals of the Premier League's joint-top scorers - Dimitar Berbatov and Carlos Tevez. Van Persie has also extended his Premier League record by scoring in a ninth successive away match.The previous record holder was Chelsea's Didier Drogba with goals in six successive away games between August and November 2009.


NUR KASIH THE MOVIE : SOLD OUT!!!!



Hari Khamis lepas ingat nak tengok citer Nur Kasih The Movie...tapi bila sampai Jitra Mall tiket habis!!! Dahla datang dari Perlis semata-mata nak tengok filem ni...(sebab kat Perlis takde panggung wayang, ishh..ishh, ishhh..). Petang tadi (hari Ahad) pun pergila ke Jitra Mall sekali lagi dan nasib tetap sama...tiket habis....oleh kerana tak mau balik rumah macam tu je, so ambil keputusan tengok Pirate of The Carribean...ambil tiket 3D (memang berbaloi dengan harga tiket yang mahal sikit).
Jalan cerita filem sekuel ni sama je dengan yang sebelum-sebelum ni...tetapi yang menarik sikit sebab kali ni ada Penelope Cruz sebagai heroin...so lakonan Penelope memang tidak mengecewakan....(sebab dia cun..hehehe..). Mungkin lain kali pulak nak pergi tengok Nur Kasih The Movie (nak tengok best sangat ke filem ni sampai tiket sold out...)...

AKU SAYANG PADAMU....















S - sempurna...
A - amat bermakna...
H - harga yang tidak ternilai...
A - alangkah indahnya hidup ini...
B - berpeluang memiliki.....
A - akan setia...
T - tidak akan mempersiakannya....

Wednesday 18 May 2011

The GuNNer yang Malang..

 
Kekalahan Arsenal 1-2 kepada Aston Villa di tempat sendiri bukan satu perkara luar biasa. Walaupun menang dengan Manchester United tetapi skuad The Gunner gagal untuk mengekalkan momentum kemenangan mereka. Selepas ketinggalan 0-2 pada separuh masa pertama, aksi bertenaga pemain Arsenal perlu dipuji pada separuh masa kedua. Namun, jaringan Robin Van Persie pada minit-minit akhir perlawanan masih gagal memastikan The Gunner memperoleh sekurang-kurangnya 1 mata. Arsenal perlu melupakan semua impian mereka untuk menjuarai apa-apa piala pada musim ini dan perlu memantapkan pasukan dengan senarai pemain pertahanan yang kebal. 


Setakat ini, Arsene Wenger perlu melupakan hasrat mendapatkan Karim Benzema tetapi harus fokus kepada pemain pertahanan dan penjaga gawang yang lebih bertenaga. Arsenal sudah cukup kental dengan adanya penyerang-penyerang berbisa mereka seperti Van Persie, Theo Walcott dan Samir Nasri. Fokus pengurusan pasukan Arsenal sekarang adalah mendapatkan pertahanan yang lebih bijak mengawal permainan dan bertahan di saat genting perlawanan. Diharapkan pada musim depan, Arsenal tidak lagi dirundung malang seperti musim ini...

Sunday 1 May 2011

PromisE....

I'll be your strength  
I'll give you hope
keeping your faith when it's gone
the one you should call was standing here all along
and i'll take you in my arms
and hold you right where you belong
till the day my life is through
this i promise you 

i've loved you 4ever
in lifetimes b4
and i promise you never
will you hurt antmore

i give you my word
i give you my heart
this is a battle we've won and with this vow
4ever has now begun

just close your eyes
each lovin' day
and know this feelin'
won't go away
till the day my life is through
this i promise you

over and over i fall
when i here you call
without you in my life baby

Monday 11 April 2011

Teka-Teki Imam Al-Ghazali

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ) :


Imam Ghazali = ' Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ? '
Murid 1 = ' Negeri Cina '
Murid 2 = ' Bulan '
Murid 3 = ' Matahari '
Murid 4 = ' Bintang-bintang '
Iman Ghazali = ' Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU . Bagaimanapun kita, apapun
kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini,
hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama ' .

Iman Ghazali = ' Apa yang paling besar didunia ini ? '
Murid 1 = ' Gunung '
Murid 2 = ' Matahari '
Murid 3 = ' Bumi '
Imam Ghazali = ' Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A ' raf: 179).... Maka
kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka. '

IMAM GHAZALI ' Apa yang paling berat didunia? '
Murid 1 = ' Baja '
Murid 2 = ' Besi '
Murid 3 = ' Gajah '
Imam Ghazali = ' Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 )..
Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah
pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga
banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah. '

Imam Ghazali = ' Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?
Murid 1 = ' Orang tua '
Murid 2 = ' Guru '
Murid 3 = ' Teman '
Murid 4 = ' Kaum kerabat '
Imam Ghazali = ' Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI .. Sebab itu janji Allah
bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185)...


Imam Ghazali = ' Apa yang paling ringan di dunia ini ? '
Murid 1 = ' Kapas '
Murid 2 = ' Angin '
Murid 3 = ' Debu '
Murid 4 = ' Daun-daun '
Imam Ghazali = ' Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT
. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat '


Imam Ghazali = ' Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? '
Murid- Murid dengan serentak menjawab = ' Pedang '
Imam Ghazali = ' Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA . Kerana melalui lidah,
manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri '

Akhirnya Arsenal Menang...(Blackpool -1 vs ArseNaL - 3

Selepas asyik seri, akhirnya Arsenal kembali di landasan yang betul...Abou Diaby menjaringkan gol pembukaan, diikuti Eboue dan Robin van Persie...I Love You Guys...Gud Jobs..

Friday 8 April 2011

Kisah Yang Menyentuh Hati Seorang Guru....Mariam & Buah Bacang


Kisah Mariam & Hadiah Buah Bacang.....

Pagi 16 Mei 2005, saya dikejutkan dgn beberapa org anak murid yg meluru ke arah saya. Wajah mereka berseri-seri lalu masing-masing menghulurkan bungkusan berwarna-warni. “Cikgu…selamat Hari Guru!” kata mereka bertepuk tangan sambil berlari-lari anak mengelilingi saya. Memang  saya terkejut kerana sebelum itu tidak pernah saya khabarkan pada anak-anak  murid tentang tarikh sambutan Hari Guru, apalagi mengingatkan mereka. 
Bagi saya mereka terlalu muda dan belum dapat menilai erti sambutan Hari Guru. Rupa-rupanya saya silap. Tanpa saya menyangka pagi itu meja saya dipenuhi pelbagai jenis hadiah. Hari itu saya rasakan terlalu indah.  Saya rasa disanjungi, lalu pipi anak-anak murid saya kucup tanda merghargai pemberian dan ingatan mereka. “Terima kasih…bagitau ibu, cikgu ucapkan terima kasih, ya!” pesan saya pada Arina lalu satu kucupan singgah dipipi gebunya. Di sisi Arina, saya lihat Mariam tersengih-sengih.
“Cikgu…Mariam pun nak bagi hadiah. Tapi tak bawa hari ni, lupa. Boleh cikgu, ya?” kata anak kecil itu bersungguh.
“Tak payahlah Mariam. Tak bagi pun tak apa, cikgu bukan minta hadiah, cukuplah Mariam ucap Selamat Hari  Guru buat cikgu. Itu pun sudah buat cikgu gembira.” Saya cuba memujuknya kerana tidak mahu menyusahkan Mariam dan anak-anak murid yang lain.  Sebagai cikgu, saya tahu serba sedikit latar belakang keluarga mereka. Kerana itu saya tidak mahu ada di antara anak-anak murid saya yang bersusah payah menyediakan hadiah, lebih-lebih lagi Mariam. Dia bukan anak  orang senang, ibu bapa Mariam membesarkannya hanya dengan meraut lidi, mencari daun getah kering lalu menjualkannya. Sebab itu saya tidak mahu Mariam rasa bersalah bila melihat teman-teman yang lain memberikan hadiah sedangkan dia tidak membawa apa-apa. Bagi saya, lebih baiklah duit yang ada itu digunakan oleh ibu bapa Mariam untuk makan minum keluarganya, atau belikan baju baru untuk Mariam buat menggantikan baju yang kusam dan masam dek peluh. 
Saya gembira mendidik murid seperti Mariam. Biarpun ibu Mariam sudah lama meninggal dunia namun anak kecil itu masih bertuah kerana ibu tirinya menyayangi Mariam tidak ubah seperti anak kandung sendiri. Buktinya setiap pagi saya lihat anak kecil itu datang ke tadika sambil dipimpin ibunya, berjalan kaki sejauh 2 kilometer setiap hari. Kalau ada yang bersimpati, di tengah perjalanan ada keluarga murid-murid lain akan menumpangkan Mariam. Kalau tidak Mariam akan terus berjalan kaki dalam panas gerimis, pergi dan balik. Begitulah setiap hari.
Esoknya sekali lagi meja saya dipenuhi dgn pelbagai jenis hadiah. Kali ini datang daripada anak-anak murid yang tidak sempat memberikannya semalam. Saya hanya mampu menggeleng-gelengkan kepala bila mana sambutan Hari Guru tahun ini benar-benar meriah. Seperti biasa, pagi itu saya berdiri di hadapan pintu menyambut seorang demi seorang ibu bapa yang datang menghantar anak masing-masing. Di muka pintu sekolah, saya dengar seorang bapa berpesan ; “Hadiah tu bagi kat cikgu tau.” Tatkala itu saya  benar-benar tersentuh kerana saya langsung tidak menyangka cukup dihargai oleh anak-anak murid yang masih kecil usianya. Dari halaman, saya lihat Mariam berpimpinan tangan dgn ibunya. Saya sambut kedua-dua mereka dgn  senyuman. Sama seperti pagi-pagi sebelumnya, Mariam tiba di tabika dgn keadaan tubuh yg bermandikan peluh.  Bajunya basah namun kanak-kanak itu tetap ceria, tersenyum seperti biasa. 
 ”Cikgu! Mariam bawa hadiah untuk cikgu!” laungnya sambil ketawa.
“Kan cikgu dah pesan, Mariam tak payah bagi cikgu hadiah,” kata saya lalu mengusap rambut Mariam yang bertitisan peluh, dgn rasa kasih yg mendalam. 
“Tak apa….hadiah ni best cikgu!” kata Mariam bersungguh-sungguh. Mariam meletakkan begnya di atas meja. Pantas jari-jemari comelnya membuka zip beg sekolahnya yang sudah pudar warnanya akibat dimamah cahaya matahari. 
“Sekejap ya cikgu,” kata Mariah yang masih tercungap-cungap kepenatan. Saya lihat Mariam mengeluarkan sesuatu dari dalam beg. Dia tersenyum sebaik menghulurkan segumpal surat khabar yang berkecai dalam genggamannya.
“Alaaa…koyak pulak, cikgu !,” rungut Mariam penuh kekesalan. Matanya membulat memandang saya yang masih setia menantinya.
Beberapa anak-anak murid yang lain turut berdiri tidak sabar lihat apa yang Mariam keluarkan.
“Apa yang Mariam bawa tu?,” saya tanya penuh hairan melihat sesuatu yang bulat dibungkus dengan surat khabar lama. Saya dekati anak kecil itu lalu menyelak beg yang dibawanya. Di saat itu hati tiba-tiba menjadi sebak sebaik melihat 5 biji buah bacang bertindihan dengan buku-buku tabikanya. Dada saya ini mula terasa berat, ada air yang mula bertakung dikelopaknya.
“Cikgu ambillah plastik, rumah Mariam tak ada plastik sebab tu mak bungkus dengan kertas. Tapi koyak pulak,” katanya lincah sambil sebiji demi sebiji buah bacang dikeluarkannya dari dalam beg sekolah. Gelak tawa kawan-kawannya mula kedengaran namun Mariam masih tersenyum lalu matanya merenung saya dengan pandangan yang cukup sayu. 
 ”Cikgu…cikgu tak suka buah bacang ke?,” tanya anak kecil itu bila melihat saya merenung wajahnya dan 5 biji buah bacang yang
bergulingan di atas meja. Saya cuba tahan airmata supaya tidak mengalir. Terlalu sebak rasanya.
“Takkkk..cikgu…cikgu suka sangat. Balik nanti cikgu buat sambal belacan ya,” kata saya, perlahan. Suara saya bagai tersekat di kerongkong. Dapat saya lihat anak kecil itu mengukir senyum. Saya peluk tubuhnya yang masih bermandikan peluh. Tidak dapat saya gambarkan bagaimana anak kecil  itu membawa 5 biji buah bacang sambil berjalan kaki sejauh 2 kilometer. Saya kucup pipinya beberapa kali lalu tidak henti-henti ucapan terima kasih saya bisikkan ke telinga Mariam.
“Bagitau mak…cikgu suka buah bacang. Terima kasih, ya,” ucap saya lagi. Anak kecil itu mengangguk.
“Tengok, Mariam pun bagi hadiah kat cikgu jugak,” katanya kepada kawan-kawan sambil tersenyum riang. “Eleh…buah bacang bukan hadiah. Orang bagi hadiah kena bungkus lawa-lawa, bukan dengan kertas koyak.” kata seorang anak murid yang masih tidak mengerti nilai sebuah hadiah yang sebenar-benarnya.
“Tak apa…semua hadiah cikgu suka. Balut lawa atau tidak semuanya sama. Cikgu sayang semua anak-anak murid cikgu,” saya  ucapkan kata-kata itu agar hati dan perasaan anak sekecil Mariam tidak terguris. 
 Dapat saya lihat Mariam sekali lagi ketawa lalu bertepuk suka. Beberapa titis airmata yang sejak tadi saya tahan, akhirnya tumpah dipipi. Cepat-cepat saya mengesatnya bimbang anak-anak kecil yang suci dan bersih itu perasan kerana mereka belum dapat menyelami perasaan seorang insan yang bergelar guru. Buah bacang pemberian Mariam itu saya bawa pulang dengan perasaan bangga bercampur hiba. Walaupun ia hanya 5 biji bacang, tapi hadiah itu amat istimewa. Wajah Mariam, bajunya yang dibasahi peluh dan senyumannya yang ikhlas bermain-main diruang mata saya. Tengah hari  itu sambal belacan buah bacang menjadi santapan kami sekeluarga dan semasa menelannya, beberapa titis airmata ini tumpah lagi ke pipi. Terima kasih  Mariam. 5 biji bacang itu merupakan hadiah paling bermakna buat cikgu dan cikgu tidak akan lupakan sampai bila-bila. 
 Cikgu Rokiah – Kulim, Kedah.

Monday 4 April 2011

ArsenaL oh ArsenaL.....


Sejak kalah dengan Barcelona aritu,ntah kenapa nasib Arsenal cuma seri je....penguasaan permainan bagus tp xde penyudah gol....Tolong la Gunner....lepas ni bagi menang, menang dan menang......okey...
Nasri pun dh lama x bagi gol...match dengan Blackpool next week harap Gunner akan bangkit...

Friday 1 April 2011

Baru Belajar Buat Blog

Baru belajar buat blog ni...tu pun sebab tugasan kelas ICT kena ada blog sendiri. Kalau tak, sampai bila-bila pun tak dak blog...mungkin nnt BOSS boleh ajar Jass edit blog ni okey....jumpa Boss sabtu ni..